Friday 27 April 2012

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Muzik Tahun 4



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN MUZIK

Tahun                                          :    4
tarikh                                           :    01.04.2009
Hari                                             :    Rabu
Masa                                           :    11.20 hingga 12.20 tengahari
Bilangan                                     :    20 Orang
Tajuk lagu                                   :    ‘ Kiri dan Kanan
Bidang/Aspek                            :    Persepsi estetik
Konsep muzik                            :    Tempo – cepat dan lambat
                                                          Ekspresi kreatif – Imrovisasi lirik
Sub konsep                               :    Tekanan meter 4 an                                                                                       
Objektif pengajaran                  :    Di akhir pengajaran murid dapat :-
1.    Menyanyikan lagu ‘Kiri dan Kanan’ 
dengan sebutan yang betul dan jelas.
2.    Menyanyikan lagu ‘Kiri dan Kanan’                         
dengan tempo cepat dan lambat dengan betul.
3.    Mengubah perkataan pada lirik lagu yang ditetapkan dengan perkataan yang sesuai. (improvisasi)
                                                               
Objektif KBKK                                :     Membanding beza tempo cepat dan 
                                                                   lambat pada lagu ‘ Kiri dan Kanan ‘
Pengetahuan sedia ada               :     Murid pernah melihat itik berjalan.
Penerapan nilai                             :     Kerjasama dan kerajinan.
BBM                                               :     Kibod, Skor lagu, Radio, Kad imbasan dan 
                                                                   alat perkusi (kastenat).


 LANGKAH PENGAJARAN

Langkah
(masa)
Konsep/teknik
komponen
Strategi
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
catatan
Set induksi
(5 minit)
Detik/tempo
- cepat dan lambat
Main peranan
a) Guru meminta murid masuk ke dalam kelas sambil berjalan seperti itik mengikut tempo yang diperdengarkan melalui kibod.
b) Murid melakukan aktiviti berjalan dengan menghentak kaki sambil mengikut tempo yang dimainkan oleh guru sehingga semua selesai duduk ditempat masing-masing.
c) Guru mengaitkan aktiviti tadi dengan pelajaran pada hari ini.

ABM
- Kibod


Nilai
-Kerjasama
-disiplin

Langkah
(masa)
Konsep/teknik
komponen
Strategi
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
catatan
Langkah 1
(15 minit)
-Pernafasan
-Frasa
-Nyanyian
- tunjuk cara
- main peranan
a) Guru meminta murid melakukan sedikit latihan pernafasan.
b) Murid melakukan aktiviti pernafasan berpandukan guru.
c) Guru memperkenalkan frasa kepada murid.
d) Guru mempamerkan skor lirik.
e) Guru membaca lirik lagu dari satu frasa ke satu frasa.
f)  Murid mengikut bacaan guru.
g) Guru memperdengarkan lagu sepenuhnya menggunakkan radio.
h) Murid mendengar dengan teliti lagu ‘Kiri dan Kanan’.
i) Murid memulakan aktivit nyanyian sambil dipandu oleh guru.
j) Aktiviti dilakukan berulang-ulang.

ABM
- radio
- skor lirik


Nilai
-Kerjasama
-Kerajinan

Langkah
(masa)
Konsep/teknik
komponen
Strategi
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
catatan
Langkah 2
(20 minit)
- Nyanyian
- Tempo
- Permainan alat perkusi.
- Memperdengarkan lagu
- Main peranan
- Latih tubi
a) Guru memperkenalkan tempo dengan membunyikan melalui kibod.
b) murid mendengar penerangan guru.
c) Guru memperkenalkan kad ikon alat yang mewakili tempo laju dan lambat.
  1. Cepat  -  merah (kastenat)
  2. Lambat-  hijau (loceng)
d) Murid menyanyi berdasarkan kad ikon yang diletakkan pada skor lirik dihadapan.
e) Aktiviti dilakukan berulang-ulang.
    
ABM
-Kibod
-Skor lagu
-Kad ikon
  
Langkah
(masa)
Konsep/teknik
komponen
Strategi
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
catatan
Langkah 3
(15 minit)
- Improvisasi lirik
-Aktiviti kumpulan
-Main peranan
a) Guru menerangkan aktiviti yang hendak dilakukan.
b) Murid mendengar penerangan guru.
c) Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan dan meminta murid memulakan perbincangan untuk mencipta lirik berdasarkan kreativiti murid.
d) Aktiviti perbincangan murid dipandu oleh guru.
   
ABM
-Skor lirik
-Skor edaran

Langkah
(masa)
Konsep/teknik
komponen
Strategi
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
catatan
Penutup
(10 minit)
- Apresiasi
- Rumusan
- Persembahan kumpulan
a) Guru memberi isyarat kepada murid untuk memulakan aktiviti.
b) Murid membuat persembahan nyanyian dalam kumpulan masing-masing.
c) Guru menilai persembahan murid.
d) Guru membuat rumusan tentang pelajaran hari ini.
Nilai:
- Kerjasama
- Kerajinan











No comments:

Post a Comment