Tuesday 6 December 2011

Orkestra Moden Cina

Muzik klasik masyarakat Cina bermula di istana, perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan agama yang dipercayai bermula pada tahun 2697 SM. Maharaja Huang Ti telah menghantar orang untuk mencari paip buluh yang boleh mengeluarkan bunyi sama seperti bunyi burung Phoenix dengan tujuan mendapatkan muzik berharmoni dengan alam semesta. Bangsa Cina memiliki kekayaan budaya muzik yang telah wujud dan berkembang sejak zaman dahulu. Antara alat muzik yang wijud ialah sebuah koleksi lonceng, drum, alat muzik tiupan dan alat muzik dawai yang diperbuat daripada perunggu pada makam bangsawan Yi dari Zeng pada abad ke-5 SM).
Masyarakat Cina mempercayai bahawa bunyi nada yang harmoni merupakan keselarasan alam semesta. Selama lebih dari 2000 tahun masyarakat Cina dikuasai oleh pengajaran ahli falsafah Confucius yang percaya bahawa muzik merupakan gambaran sosial budaya masyarakat dan kepercayaan yang meliputi cara berfikir, bertindak dan mengatur. Oleh itu, muzik merupakan satu syarat mutlak yang harus dipenuhi oleh seseorang yang terpelajar untuk berfungsi dengan baik dalam masyaraka.Mengikut kajian ahli 'ethnomusicologist', alat muzik tradisional Cina diklasifikasikan kepada 8 kumpulan (bayik) sesuai dengan bahan-bahan yang digunakan logam, batu, kain, tanah, kulit, labu kering, buluh dan kayu.
Sekitar abad ke-19, tradisi muzik Cina mulai terpengaruh dengan tradisi muzik Eropah. Mereka mulai diperkenalkan dengan alat muzik Barat, Orkestra Simfoni dan Konsert Opera Barat. Banyak pertunjukkan mulai dibuat di China sehingga masyarakat Cina membuat modenisasi dalam muzik mereka. Pada ketika itu muzik tradisional Cina dimainkan seiring dengan komposisi moden. Muzik kontemporari popular Cina merupakan hasil perpaduan muzik tradisional Cina dengan muzik popular.

 Okestra cina moden di Malaysia telah berkembang dalam masyarakat cina kerana ianya dibawa sendiri oleh orang cina yang datang berdagang dan yang menatap di Malaysia pada masa dahulu. Pada mulanya okestra cina moden di Malaysia, tidak mempunyai conductor atau pemimpin, tidak mempunyai notasi dan diketuai oleh alat muzik gesekan

Pada tahun 1960-an, persatuan-persatuan di Malaysia mulai terpengaruh dengan aliran Orkestra Cina Moden di China yang mula dibentuk pada tahun 1930-an. Setelah melihat perkembangan Orkestra Cina Moden di China melalui Singapura, Malaysia mula mengorak langkah dalam memperkembangkan Orkestra Cina Moden di sini. Selepas itu, terbentuklah Orkestra Cina Moden yang sedia ada di Malaysia sekarang. Ada pelbagai penambahan alat untuk membolehkan ia memainkan repertoire lagu moden.

namun begitu okestra cina moden di Malaysia agak sukar berkembang kerana mereka hanya bergantung kepada bajet sendiri sekiranya ingin membuat persembahan.secara kesimpulannya, pembentangan pada hari ini sangat baik kerana mereka mampu menerangkan dengan jelas kepada kami mengenai nobat dan apa itu okestra cina moden.

Okestra cina moden telah menjadi tumpuan besar penduduk Cina Malaysia di kawasan bandar, namun dengan kadar yuran yang rendah memyebabkan golongan berpendapatan rendah juga dapat bermain muzik ini. Sebahagian besar daripadanya ditaja oleh pelbagai pertubuhan Cina termasuk sekolah dan masyarakat Buddha. Okestra ini adalah sebuah orkestra khas yang terdiri daripada 12 hingga 50 orang ahli dan mula mencapai populariti yang agak besar di kalangan generasi muda kaum Cina. Ianya dipersembahkan dalam upacara-upacara penting masyarakat Cina dan majlis-majlis rasmi di negara kita.

No comments:

Post a Comment